Saturday, January 3, 2009

Kerja La Kerja 4


Lama dah blog ini bersawang. Al maklumlah, selepas bergelar pekerja sepenuh masa nie, aku dah tak banyak masala lapang. Kepada kawan-kawan semua, dengar nie, “AKU DAH TAK BANYAK MASA LAPANG…” Hehehe…

Sekarang aku nak bercerita tentang tempat kerja aku. Aku bekerja di PMCare dan position aku tak lah sama seperti di Bank Islam mahupun AmBank. Aku aku rasa seronok kerja kat sini. Untuk pertama kalinya, aku merasa kerja seperti manusia normal biasa. Datang pagi, lunch time turun pergi lunch, balik petang. Itulah rutin aku setiap hari.

Walaupun income aku kat sini tak sama macam aku dekat bank, tapi aku pun kurang berbelanja. Tempat kerja dekat dan kalau hujan pun aku still boleh bawak kereta dan tak payah keluarkan belanja yang besar.

Dan yang paling penting, orang-orang kat PMCare nie ok-ok. Standard lah dalam setandan pisang, tak semua yang ok. Kadang-kadang de jugak yang rosak. Tapi pada aku, masalah semacam nie tak lah sampai menjejaskan mood kerja aku kat sini.

Pada aku, masalah-masalah yang ada kat sini tak dapat lawan dengan apa yang aku tempuh kat Bank Islam. Jika nak dibandingkan situasinya, macam kuman dan gajah. Kat Bank Islam, setakat kena maki tue perkara biasa. Aku pernah kena baling, kene dengar client membebel, deal dengan orang-orang atasan. Tapi aku kat PMCare nie setakat deal dengan supervisor, takde hal pada aku.

Insyaallah, dalam masa terdekat ini aku akan melanjutkan pengajian aku di universiti. Aku nak cita-cita aku menjadi reality dan bukan setakat menjadi angan-angan kosong. Cita-cita ok, tapi aku tak nak cita-cita aku itu akhirnya membunuh aku.

Bila aku kerja dekat PMCare nie, semangat aku nak menggapai bintang itu menjadi semakin meluap-luap. Motivasi aku hanyalah satu, dengan duit aku dapat “membeli” kepercayaan, maruah, keluarga dan segala-galanya. Tapi, jangan sampai kita jadi hamba duit. Itu yang penting.

Tragedi tanah runtuh di Bukit Antarabangsa mengajar aku satu perkara, setinggi mana kita berdiri, janganlah sesekali kita lupa kepada Dia. Sebab walaupun kita mampu membeli dunia ini sekalipun, Dia lagi mapu untuk menjahanamkan kita dalam sekelip mata jika kita lupa kepadanya.

Ingatlah, sebesar rumah bermula dengan sekecil bata boleh hilang dalam sekelip mata. Oleh itu ingatlah Dia kerana Dia selalu ingat kepada kita. Setiap detik kita bernafas, itu menandakan Allah ingat dan sayang kepada kita kerana memberi kita kesempatan hidup. Dan kesempatan dan peluang kita hidup perlulah kita gunakan untuk kita mengabdikan diri kita kepada-Nya.

Wallahualam…

Sunday, December 28, 2008

Selamat Ulang Tahun...Sayang


Yang tulus ikhlas
Ingin sekali sekala dirinya dibalas
Walau hanya dengan dakapan di angin lalu

Yang selalu memberi
Ingin sekali sekala jadi penerima
Cukup dengan salam dan manis doa

Aku ingin kau merasakan hebatnya cinta
Dan leburkan saja serpihan calar derita

Selamat ulang tahun sayang
Kini kau bersayap, pergilah terbang
Rentaslah langit cita cita mu
Harap nanti kitakan bertemu

Selamat ulang tahun sayang
Janganlah engkau tak terbang pulang
Ku nanti penuh kerinduan
Selamat tinggal, selamat jalan

Aku hanya inginkan engkau setia
Kerana setia yang mencipta bahagiamu

Selamat ulang tahun sayang
Kini kau bersayap, pergilah terbang
Rentaslah langit cita cita mu
Harap nanti kitakan bertemu

Selamat ulang tahun sayang
Janganlah engkau tak terbang pulang
Ku nanti penuh kerinduan
Selamat tinggal, selamat jalan...

Tuesday, December 23, 2008

Wanita Dan Tudung


Awal tahun 80 an dahulu, tidak ramai wanita yg bertudung. Ketika itu wanita bertudung terpaksa menghadapi cabaran yg besar kerana sering menjadi bahan umpatan masyarakat. Mereka dituduh ekstreem, sesat dan ketinggalan zaman. Bahkan ada juga yang mengatakan itu fesyen ala Arab padang pasir. Kita tidak pelik hal begini boleh terjadi.

Ini disebabkan masyarakat jahil terhadap hukum menutup aurat sehingga mereka tidak dapat menerima, malah memandang serong terhadap syariat menutup aurat.
Berkat kesabaran wanita-wanita yg bertudung diwaktu itu, akhirnya masyarakat semakin sedar dan faham bahawa memakai tudung itu adalah untuk memenuhi
tuntutan syariat.

Seperkara yg menarik di waktu itu, apabila seseorang wanita itu bertudung, maka akan nampak beza tingkah lakunya berbanding dgn wanita yg tidak menutup aurat &
peribadinya sendiri sebelum memakai tudung. Kalau dahulu dia senang bergaul bebas dgn lelaki, tetapi bila sudah bertudung, pandangannya sudah mula ditundukkan, bercakap dgn lelaki pun jarang sekali, tidak seronok malah tidak menghadiri majlis yg ada percampuran bebas lelaki & perempuan, tidak suka
berkeliaran di tempat-tempat awam, cenderung utk mendalami ilmu-ilmu Islam, suka utk beribadah, akhlak & tutur katanya menjadi semakin lembut & lunak. Suka
menolong orang, bibir sentiasa menguntum senyum sebagai sedekah sesama muslim, sedia membantu kesusahan orang lain, sudah benci kpd kemewahan dunia, tahan diuji & sentiasa mencari-cari peluang utk mengajak masyarakat wanita yg lainnya agar sama-sama menutup aurat.

Lantaran berbezanya mereka dgn wanita yg lain, maka org pandang tinggi kpd wanita yg bertudung, walaupun masih ramai yg tidak suka kpd mereka. Waktu itu, kalau wanita sudah sanggup bertudung, ertinya didlm dadanya sudah ada sedikit sebanyak ilmu- ilmu agama. Sekurang-kurangnya dia sudah hafal dalil-dalil Al
Quran dan hadith mengenai hal penutupan aurat.Ini disebabkan mereka sering dihujani dgn berbagai pertanyaan mengenai apa yg mereka buat. Untuk menjawapnya, mereka sudah bersedia memberi jawapan yg sesuai dgn nas Al Quran dan hadith utk menyakinkan org ramai. Oleh sebab itu org ramai memandang tinggi kepada mereka.

Di awal 90'an, bilangan org bertudung semakin ramai. Di mana- mana sahaja kita boleh bersua dgn wanita yg bertudung. Sama ada di kilang, di sekolah, di stesen
bas, di pejabat, di universiti & di politeknik malah beberapa pengacara televisyen & radio pun sudah memakai tudung. Alhamdulillah.

Tetapi yg menyedihkan, kalau dahulu wanita bertudung tidak akan ditemui di taman-taman bunga, di tempat-tempat hiburan, berpegangan tgn dgn teman lelaki,
dipanggung wayang atau kalau dahulu wanita bertudung bersih mukanya drp calaran alat-alat make up, tetapi kini dgn mudah kita boleh jumpa wanita bertudung
berpeleseran dgn teman lelaki di tempat-tempat sedemikian. Tudung berwarna warni mengikut fesyen sesuai dgn aliran zaman dan fesyen baju. Kadang-kadang pakai tudung pun tidak sempurna mengikut syariat. Kadang-kadang macam nak terlondeh. Antara hendak tutup & hendak buka. Akhlak & tutur katanya kasar, malah kadang kala lebih buruk drp mereka yg tidak memakai tudung atau buka aurat.

Sesetengahnya bertudung tetapi tidak sembahyang. Imej wanita bertudung telah tercemar dgn wanita-wanita yg menjadikan tudung sebagai fesyen atau terpaksa pakai kerana mengikut peraturan. Kalau dahulu bila wanita itu bertudung, automatik dia sudah malu ke panggung wayang, malu untuk berasmara, malu utk ke tempat hiburan & sebagainya. Tetapi kini tudung sudah tidak mempunyai peranan utk mencegah manusia dari terjerumus ke dalam lembah maksiat.

Bila direnung-renung mengapa hal ini boleh terjadi, maka jelaslah wanita-wanita yg bertudung pada hari ini jahil mengenai tujuan dan peranan pemakaian tudung.
Ramai wanita yg memakai tudung pada hari ini kerana terikut-ikut dgn suasana. Mereka lihat adik beradik, teman sekolah, teman pejabat atau jiran telah ramai
memakai tudung, maka timbul rasa malu kerana mereka sahaja yg masih tidak bertudung. Lantaran itu mereka mengambil keputusan utk memakai tudung, walaupun hati tidak berapa menyetujuinya.

Kini masyarakat telah menerima wanita yg pakai tudung. Ujian sudah tidak besar. Kadang kala orang lelaki yg hendak berkahwin pun memberi syarat, wanita yang
hendak dikahwininya mestilah bertudung.

Setengahnya apabila mereka melihat wanita lain memakai tudung lebih cantik dan manis, mereka pun hendak memakainya, tanpa mengetahui tentang ilmunya, mengapa
mesti pakai tudung. Ada juga yg terpaksa memakai tudung kerana desakan keluarga atau suami. Ada yg mahu menjadikan tudung macam fesyen. Sekejap pakai, sekejap
buka.Lantaran itulah nilai org yg bertudung pada hari ini sudah menurun. Sudah tidak semahal wanita yg bertudung awal-awal dahulu. Hanya wanita yg berpurdah
yg belum kelihatan berjalan-jalan di taman bunga atau di tempat-tempat hiburan. Mungkin taraf berpurdah sama dgn wanita yang bertudung dan wanita yg memakai tudung diperingkat awal dahulu.

Sesuatu amalan yg dilakukan kalau bukan atas dasar ilmu dan yakin serta faham apa yg mereka perbuat akan nampak ganjil dan pincang hasilnya. Sesuatu yg di buat bukan dari hati yang ikhlas, walau pun nampak hebat tetapi semuanya kosong. Tiada nilai di sisi Allah.

Wanita yg pakai tudung selain drp keinginan utk menutup aurat, tidak akan dapat berbohong dgn Allah walaupun di di dunia mereka berjaya membohongi mata manusia mengatakan mereka juga sudah menutup aurat. Tetapi di akhirat nanti, niat sebenar & apa yg ada di dalam hati mereka akan diselongkar & didedahkan oleh
Allah dipadang Makhsyar di hadapan jutaan umat manusia.

Rasulullah s.a.w pernah ditanya oleh seorang sahabat: "Ya Rasulullah, dgn apakah mencapai keselamatan kelak?"

Jawab Nabi s.a.w: "Jangan menipu Allah."

Orang itu bertanya lagi: "Bagaimana menipu Allah?"

Jawab baginda, "Iaitu mengerjakan apa yang diperintahkan oleh Allah, tetapi tidak kerana Allah."

Disamping tiada niat utk menutup aurat dgn bertudung akan ditolak oleh Allah, wanita yg berniat utk menutup aurat dgn tudung tetapi tudungnya berfesyen sehingga menarik lelaki memandangnya, atau pun tudung yg dipakainya tidak memenuhi syarat menutup aurat yakni bertudung tetapi masih nampak pangkal leher, bermakna dia belum lagi sempurna menutup aurat, malah semakin berdosa kalau dgn memakai tudung yg berfesyen itu menyebabkan lelaki jatuh hati. Dikala itu tudung bukan menjadi alat menutup aurat, tetapi menjadi alat utk berhias. Wanita begini bukan mendapat pahala dgn menutup aurat tetapi mendapat dosa.

Bahaya besar kalau beramal bukan kerana ilmu tetapi kerana mengikut masyarakat & peredaran zaman. Sementara yg mengamalkan syariat kerana pengaruh sekeliling, hanya mampu bertahan atau beramal selagi dia berada di dlm suasana begitu. Tetapi bila dia terkeluar dari kelompok masyarakat, dia sudah tidak mampu bertahan & turut hanyut dgn masyarakat di sekitarnya. Ujian yg sedikit sahaja mampu menggoyangkan imannya. Oleh itu kalau hendak mendapat keredhaan Allah, maka seseorang itu mestilah berilmu dgn apa yg dilakukannya. Jesteru itu menuntut ilmu adalah perkara yg utama sebagai penyuluh ibadah.

Di samping ada ilmu, amalan yg dilakukan hendaklah diniatkan kerana Allah bukan kerana yg lain dari itu. Kita mesti bina keyakinan di dalam diri kita & mempunyai kefahaman yg mendalam agar kita tidak mudah tergugat apabila datang ujian, betul di dalam tindakan dan bersabar di dalam apa jua kesusahan.

Renung-renungkanlah wahai wanita yg berada di luar sana. Jangan memakai tudung hanya ingin mengikut fesyen semata-mata.

Wallahualam...

Doa Seorang Sahabat


..Bismillahirrahmanirrahim...

Ya Allah...
Panjangkanlah umur sahabatku,
Kurniakanlah kesihatan yang baik padanya,
Terangi hatinya dengan nur pancaran iman...

Ya Allah...
Tetapkanlah hatinya,
Perluaskanlah rezekinya,
Dekatkanlah hatinya kepada kebaikan,
Jauhkanlah hatinya pada kejahatan,
Tunaikanlah hajatnya baik hajat dalam agama,dunia mahupun akhirat...

Ya Muhaimin...
Jika dia jatuh hati,
Izinkanlah dia menyentuh hati seseorang,
Yang hatinya tertaut pada-Mu,
Agar mereka tidak terjatuh di dalam jurang cinta dan nafsu...

Ya Rabbana...
Jagalah hatinya agar tidak berpaling daripada melabuhkan hatinya pada-Mu...

Ya Rabbul Izzati...
Jika dia rindu,
Rindukanlah dia pada seseorang yang merindui syahid di jalan-Mu...

Ya Muhaimin...
Jangan biarkan sahabatku tertatih dan terjatuh,
Dalam perjalanan panjang meyeru manusia kejalan-Mu...

Ya Allah Yang Tercinta...
Jika kau halalkan aku merindui sahabatku,
Janganlah aku melampaui batas sehingga melupakan aku pada cinta hakiki, rindu abadi dan kasih sejati hanya untuk-Mu...

Ya Allah..
Kurniakanlah sahabatku kesenangan, ketenangan, kebahagiaan dan kecemerlangan hidup di dunia dan akhirat kelak..

Ya Rabbul Izzati..
Bahagiakanlah hatinya,
Sebagaimana Engkau bahagiakan hati-hati hamba-Mu yang lain...

Amin...

Monday, October 20, 2008

Cinta


Cinta…
Ada apa dengan cinta?
Apakah maksudnya cinta?
Adakah bercumbu-cumbuan dan berpeluk-pelukan di khalayak maksudnya cinta?
Adakah berpegangan tangan akan terasa nikmatnya cinta yang kononnya cinta suci?

Cinta merupakan satu perasaan yang amat sukar digambarkan. Ianya wujud di setiap makhluk ciptaan Allah. Cinta tidak dapat diungkap dengan hanya kata-kata. Ianya juga tidak dapat disentuh tetapi ia dapat dirasai.

Kita mempunyai pelbagai ungkapan tersendiri tentang cinta. Cinta kepada Allah merupakan cinta yang hakiki. Cinta kepada ibu bapa, cinta yang abadi. Cinta kepada sahabat, cinta yang sempurna. Cinta kepada alam, cinta yang indah. Cinta kepada kekasih merupakan satu anugerah yang terindah.

Cinta yang sebenarnya adalah 'Mahabbah' yang bermaksud perasaan kasih sayang yang sukar diterjemahkan. Cinta merupakan satu gelodak rasa dan emosi yang lahir daripada hati nurani yang luhur dan suci. Tidak boleh dipaksa serta dibeli dengan wang ringgit. Dalam tasawuf, 'Mahabbah' membawa erti patuh kepada Allah dan membenci perbuatan yang menyalahi perintah-Nya.

Tentang cinta-mencintai ini, Allah berfirman dalam Al-Quran yang bermaksud:-

"Allah akan mendatangkan suatu kaum yang Allah cintai mereka dan mereka pun mencintai-Nya" (Al-Maidah, ayat 54)

"Jika kamu benar-benar mencintai Allah, ikutilah Aku, nescaya Allah mengasihi dan mengampuni dosamu" (Al-Imran, ayat 31)

Bercerita tentang cinta kepada kekasih, tanya kepada diri kita. Adakah kita benar-benar mencintai kekasih kita? Jika jawapannya ia, mengapa kita sering meragui pasangan kita? Dan jika kita mencintai pasangan kita sepenuh jiwa, mengapakah kita menghalang kehendak hatinya?

Ada individu yang meragui kekasih mereka. Sehingga kekasih mereka ingin keluar rumah pun mereka berasa ragu-ragu. Ada pula yang sanggup memberikan segala-galanya kepada kekasih mereka tanpa memikirkan halal dan haram.

Jelas suatu pendustaan sekiranya seorang lelaki berkata dia benar-benar mencintai seseorang perempuan sedangkan pada masa yang sama mencemarkan maruah, kesucian dan iman temannya. Diakah yang diharapkan menjadi teman melayari bahtera kehidupan untuk sama-sama mendarat di pulau impian? Lelaki yg benar-benar mencintai pasangannya tidak akan mencemarkan kekasihnya walau sekadar bersentuhan sabagai bukti cinta.
Baru-baru ini kita digemparkan dengan kejadian yang menimpa seorang bayi perempuan yang malang di Terengganu. Demi cinta, sanggup manusia yang dikurniakan akal fikiran membunuh bayi hasil dari satu perhubungan yang mesra. Lebih menyayat hati, bayi tersebut dilaporkan mati akibat sesak nafas. Dimanakah letaknya kewarasan akal ibu dan bapa bayi tersebut? Kenapakah manusia dewasa ini bersifat lebih hina dari binatang?

Siapakah yang bersalah? Ibu dan bapakah yang bersalah kerana kurang mendidik anak mereka? Jawapannya tidak. Diri kita sendiri yang bersalah. Kerana kerapuhan iman dan ketidakwarasan dalam berfikir. Terlalu mengikut nafsu dan tidak memikirkan akibatnya.

Oleh itu, berfikir dahulu sebelum memulakan percintaan. Cintailah yang Maha Mencintai kerana cinta itulah yang paling suci. Ingatlah cinta Rabiatul Adawiyah kepada-Nya. Melebihi cinta duniawi yang penuh kepura-puraan. Fikir-fikirkan.

“Akan ku serah cinta ini,
Bukan hanya pada kekasih,
Kerana cinta sepasang kekasih,
Tanpa sebarang ikatan berlandaskan syarak,
Bersalut segunung kepalsuan dan kepuraan.”

Wallahualam…

Tuesday, October 14, 2008

Family


Adakah kita sedar, sekiranya kita mati hari ini,
syarikat tempat kita berkerja akan senang-senang mendapat pengganti,
dalam hanya beberapa hari?

Tetapi keluarga yang kita tinggalkan,
akan merasa kehilangan kita sepanjang hayat..

Dan sedarlah, sekiranya kita menghabiskan masa kita kepada kerja,
Melebihi keluarga kita, adalah merupakan suatu pelaburan yang tidak bijak.
Bukankah begitu?
Jadi apakah maksud yang tersirat?

Tahukah anda makna "FAMILY"?

FAMILY =

(F)ATHER
(A)ND
(M)OTHER
(I)
(L)OVE
(Y)OU

Fikir-fikirkan...

Wallahualam...

Monday, October 6, 2008

Selamat Hari Raya Aidilfitri


Allahu Akbar Allah Huakbar Allah Huakbar
Walillahilham…

Sedar tak sedar, kita telah melangkah masuk ke bulan Syawal. Bulan kemenangan seluruh umat Islam yang telah berjaya mengawal nafsu sepanjang bulan Ramadhan yang lalu. Dewasa ini terasa sungguh cepat sekali masa berlalu. Rasanya seperti baru semalam aku menyambut kedatangan Ramadhan.

Aildilfitri tahun 1429 Hijrah ini aku sambut dengan pelbagai perasaan yang bercampur-aduk; suka dan duka. Aildilfitri kali ini lebih membawa erti kepada sahabat-sahabat aku. Yang aku pasti sahabat aku seperti Mr. Fadz, Kak Nurul, Reza, Kak Wanie dan Shakim serta ramai lagi, Aidilfitri ini pertama kali disambut sebagai seorang pekerja. Kepada Nik dan Khairil pula, Aidilfitri ini disambut sebagai seorang bekas siswa selepas menjadi super senior di PTPL.

Aku pula, tidak ada banyak perubahan. Aidilfitri yang lalu aku sambut sebagai seorang siswa tetapi kali ini aku sambut sebagai seorang penganggur. Silap aku juga, menolak rezeki dan tuah di depan mata. Tapi pengalaman mengajar aku menjadi seorang yang semakin matang berfikir dan matang dalam mengambil sebarang tindakan.

Kita di dalam dunia ini adalah seorang pelakon yang telah ditentukan skripnya oleh Dia yang Maha Berkuasa. Mungkin tiada rezeki dan jodoh yang panjang antara aku dengan Bank Islam dan AmBank. Tapi aku tetap percaya, satu hari nanti, Allah akan mengurniakan aku rezeki yang melimpah ruah kerana, ajal maut, jodoh pertemuan serta rezeki adalah kerja-Nya. Dan setiap hari aku berdoa agar Allah memurahkan rezeki aku dan sahabat-sahabat aku. Insyaallah, jika kita bersabar, kita akan memperolehi rezeki yang melimpah ruah.

Berbalik kepada cerita Aidilfitri, aku berharap agar semua sahabat-sahabat aku meraikannya dengan penuh kegembiraan. Halwa telinga kita semestinya disajikan dengan lagu-lagu raya yang mengusik jiwa. Dari zaman Tan Sri P. Ramlee hinggalah zaman Dato’ Siti Nurhaliza, yang pasti masing-masing mempunyai citarasa tersendiri. Tidak kisahlah, asalkan Hari Raya ini jangan sampai melalaikan kita dan membuatkan kita alpa dengan tuntutan Allah s.w.t..

Di kesempatan ini aku ingin ucapkan:-

Selamat hari Raya Aidilfitri kepada sahabat-sahabat aku seperti Fadz, Kak Nurul, Reza, Shakim, Khairil, Deen, Kak Wanie, Azlan, Nik Hadri, Bob, Firdaus, Siti Hajar, Zue, Ayu, Anne, Ana, Syafiq, Zulfadli, Hafifi, Hidayat @ Babun, Eddie, Aqily, En Ahmad Kamal (MOE), Faisal (BIMB), En Wan (BIMB), Lan (BIMB), Fara (BIMB), Pn Norzita (BIMB), Pn Siti (BIMB), Haji Kasri (BIMB), En Hadli (BIMB), Muzzammil (BIMB), Pakcik Taib (BIMB), En Yusry (BIMB), En Hafis (BIMB), En Khairuddin Mahzan (BIMB), En Syed (AMBG), En Nasir (AMBG), Mr John (AMBG), Zaidi (AMBG), Kak Siti (AMBG), Azhar (AMBG) dan lain-lain yang namanya tiada disini. Mohon maaf zahir dan batin. Halalkan makan dan minum. Semoga Aidilfitri kali ini menjadi titik tolak untuk kita melakukan perubahan sama ada dari segi rohaniah dan lahiriah.

Wallahualam…

Ku Mohon


Setiap hari ku
Mohon agar Kau sentiasa
Memberi ku ketenangan
Dalam hati kekuatan
Menempuhi segala
Dugaan yang mencabar ini
Pasti punya ertinya

Kau beri ku harapan
Menjawab segala persoalan
Hadapi semua dalam tenang
Dengan merasa kesyukuran
Ku doa Kau selalu
Mengawasi gerak-geri ku
Berkatilah, ku perlu rahmat dari-Mu

Oh Tuhan
Terangkan hati dalam sanubari ku
Untuk menempuhi segala
Hidup penuh cabaran ini
Oh Tuhan
Ku berserah segalanya kepada-Mu
Agar jiwa ku tenang
Dengan bimbingan-Mu selalu

Adakala ku merasa
Hidup ini seperti kaca
Jikalau tidak bersabar
Hancur bederailah akhirnya
Tabahkanlah hati ku
Melalui semua itu
Kuatkan lah
Jagakanlah diri ku

Oh Tuhan
Terangkan hati dalam sanubari ku
Untuk menempuhi segala
Hidup penuh cabaran ini
Oh Tuhan
Ku berserah segalanya kepada-Mu
Agar jiwa ku tenang
Dengan bimbingan-Mu selalu

Curahkan nikmat-Mu pada hidup ku
Oh Tuhan
Terangkan hati dalam sanubari ku
Untuk menempuhi segala
Hidup penuh cabaran ini
Oh Tuhan
Ku berserah segalanya kepada-Mu
Agar jiwa ku tenang
Dengan bimbingan-Mu selalu