Friday, December 18, 2009

Kehidupan

Lama sungguh aku tak menulis kat blog ni. Bukan tak nak menulis tapi tak ada masa. Mungkin terlalu sibuk atau mungkin juga terlalu malas. Hmm,macam-macam perkara yang telah berlaku lepas raya sampailah sekarang. Ada yang manis,sedih dan kelakar. Terlalu banyak untuk dikupas satu persatu.

Untuk pengetahuan semua,office aku dah berpindah dari tingkat 30 ke tingkat 25, The Gardens North Tower. Nasib baik lah turun 5 tingkat sahaja, kalau berpindah ke tempat baru,mmg banyak kerja dan memenatkan. Walaupun Cuma 5 tingkat, banyak juga masalah. Tapi Cuma masalah remeh sahaja.

Pada bulan November pula, aku dapat berita sahabat aku, Fadzeli Johar kemalangan. Memang teruk, sampaikan aku pun tak sanggup nak tengok. Peha kanan berlubang besar, atas mata kiri luka, belakang badan dan peha kiri, parah juga la. Sampai sekarang masih terlantar dekat Hospital Sungai Buloh. Masa mula-mula kau pergi melawat dia, mmg tak sanggup nak tengok dia dalam keadaan macam tu. Aku kenal dia lama dah tak pernah sekali pun aku tengok dia sakit (kecuali masa demam dekat Trunet dulu). Totally berubah. Memang dah nasib sebab aku tahu dia seorang penunggang yang cermat, tak laju (skuter berapa laju boleh pergi dengan badan yang seperti aku juga?). Fadz, aku harap ko cepat baik je (dan besar kembali). Boleh kita lepak2, gelak2, makan2 macam dulu. Dan aku harap kau cepat keluar hospital (makin playboy aku tengok. Hahahaha…)

Pada 6 Disember pula, Shaari Leman @ Ricky kahwin kat Melaka. Aku dengan Hariyansa (Yan) pergi pada hari sabtu. Tujuan ke Melaka ada dua, yang pertama sebab nak pergi perkahwinan Ricky dan yang kedua nak rehat-rehat di Pengkalan Balak. Memang happening malam tu. Makan besar dan lepak-lepak sampai pukul 3am sambil isap curut. Hari ahad pula, pening kepala cari rumah Ricky. Lepas petronas belok kanan (mengikut dalam map) tapi kana petronas tu divider dan hutan. Tapi nasib baik aku dan yan cool dan bijaksana. Walau apa pun, tahniah Ricky dan selamat pengantin baru. semoga bahagia dan cepat2 dapat anak. Hehehe…

Cerita aku di tempat kerja pula, macam-macam hal. Tapi yang paling pening sekali, nak setup CCRIS. Dah dekat 3 bulan dan masih tak siap-siap lagi. Sakit kepala semua cukup la. Tapi rasa semua penat kat office terbayar sebab 14 Disember, office aku adakan dinner di Italiannies, The Gardens. Memang kenyang sebab terlalu banyak makanan. Dah pada malam itu, buat pertama kali aku menjadi photographer untuk office aku. First time, so jangan la mengharap sangat gambar-gambar tu perfect. Tapi lepas dari dinner tu, aku mula gian nak ambik gambar dan ada plan nak beli DSLR. insyaAllah, tahun depan kalau ada rezeki…

Walauapapun, aku nak ucapkan selamat menyambut maal hijrah, tahun baru dan merry christmas (to non-muslim). Semoga tahun depan lebih baik dari tahun tahun lepas dan semoga semua kawan-kawan aku murah rezeki.

Wallahualam...

(follow me at facebook…)

Friday, September 18, 2009

Selamat Hari Raya Aidilfitri...

Selamat Hari Raya Aidilfitri.
Saya nak ambil kesempatan mengucapkan selamat hari raya aidil fitri kepada semua kawan-kawan saya dan yang mengenali saya.
Terutama kawan-kawan di PTPL College, Bank Islam, Trunet, dan PMCare.
Saya dengan rasa rendah diri menyusun jari memohon ampun dan maaf jika ada terkasar bahasa, terasa hati, termakan terminum.
Assalamualaikum...

Tempat Baru...

Pada 1st September 2009, aku memulakan kehidupan baru di Danajamin Nasional Berhad. Danajamin merupakan tempat kelima aku bekerja. Selepas aku tamat diploma di Kolej PTPL, aku dah kerja di merata tempat dan berbagai jawatan antaranya di Bank Islam, AmBank, Trunet Technology, PMCare, dan sekarang Danajamin.

Sepanjang aku bekerja, banyak pengalaman dan pengajaran yang aku perolehi. Bukan senang nak jadi senang dan bukan susah nak jadi susah. Kadang-kadang kita perlu melupakan seketika cita-cita yang kita impikan itu dan kadang kala jalan yang kita pilih itu sebenarnya tidak menjaminkan kebahagian untuk kita. Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui.

Ketika aku ambil keputusan untuk berhenti di PMCare, aku mengharapkan keputusan yang aku ambil ini merupakan keputusan yang terbaik dalam hidup aku. Mungkin di Danajamin, aku mempunyai peluang untuk mendapat sesuatu yang lebih baik dalam hidup aku, InsyaAllah. Aku mula kerja di sini ketika umat Islam sedang menjalani ibadah puasa di bulan Ramadhan, mungkin ia menjadi petunjuk untuk aku mendapatkan sesuatu yang lebih baik.

Wallahualam…

Sunday, September 6, 2009

Selamat Tinggal...



Pada 28hb Ogos 2009 yang lepas, berakhirlah kehidupan aku di PMCare Sdn Bhd selepas hampir 9 bulan aku mencari rezeki di sana. Terlalu banyak perkara suka duka yang aku lalui disana. Di PMCare jugalah aku belajar erti kehidupan dan erti persahabatan.

Bukan senang untuk aku meninggalkan PMCare. Bayangkan, aku menghabiskan masa lebih dari 12 jam sehari di pejabat. Tetapi aku terpaksa kerana aku pun ada cita-cita dan impian.

Kepada semua kawan-kawan aku di PMCare, aku ingin minta maaf jika ada salah silap atau terkasar bahasa terutama kawan-kawan di Claims Department (Personal Claims Unit, GP Unit, MRU & RMU, dan H&S Unit).

Wallahualam…

Saturday, August 1, 2009

Tribute To Michael Jackson @ Mikael


Another day has gone
I'm still all alone
How could this be
You're not here with me
You never said goodbye
Someone tell me why
Did you have to go
And leave my world so cold

Everyday I sit and ask myself
How did love slip away
Something whispers in my ear and says
That you are not alone
For I am here with you
Though you're far away
I am here to stay

But you are not alone
For I am here with you
Though we're far apart
You're always in my heart
But you are not alone

'Lone, 'lone
Why, 'lone

Just the other night
I thought I heard you cry
Asking me to come
And hold you in my arms
I can hear your prayers
Your burdens I will bear
But first I need your hand
Then forever can begin

Everyday I sit and ask myself
How did love slip away
Something whispers in my ear and says
That you are not alone
For I am here with you
Though you're far away
I am here to stay

For you are not alone
For I am here with you
Though we're far apart
You're always in my heart
For you are not alone

Whisper three words and I'll come runnin'
And girl you know that I'll be there
I'll be there

You are not alone
For I am here with you
Though you're far away
I am here to stay
For you are not alone
For I am here with you
Though we're far apart
You're always in my heart

For you are not alone
For I am here with you
Though you're far away
I am here to stay

For you are not alone
For I am here with you
Though we're far apart
You're always in my heart

For you are not alone...

I'm Back....!!!


Pergh, lama aku tak menulis kat blog nie.
Aku bukak je dah berhabuk sana sini.
Ape pun aku nak cakap yang aku KEMBALI...!!!
Hehehehe

Kpd Fazly, "kite dah nak menulis balik..."

Hahahaha....

Saturday, March 14, 2009

Pada 8hb Mac 2009, aku dan juga budak2 office aku pergi picnic. Tempatnya adalah di Pangsun. Agak happening jugak walaupun selepas melalui 1001 keperitan. Mana tidaknya, rancang nak gerak pukul 8am, last2 pukul 9am baru gerak. Lepas tue, leader kitorang pulak boleh tahan segalnya, jalan biasa rembat sampai 130km/j tapi bila masuk highway 70km/j pulak. Memang setan. Sampai sahaja kat Ulu Langat, berhenti beli barang2 keperluan. Part nie yg paling aku dan nik menjirap sekali, baru je berhenti beli barang2 keperluan, tak sampai 0.5km, berhenti lagi semata-mata nak beli kosmo. Sungguh babylon btol. Tempat yg beli barang2 keperluan tadi, ada lebih kurang 15 jenis surat khabar termasuklah kosmo. Cuba hang pikir, logik tak logik?? Dah settle hal surat khabar, kitorang tersesat sbb leader rembat 120km/j kat jalan kampung. Aduh. Tapi walau apa pun, happening beb. Meliar semua Cukuplah. Hehehe... Hope nnt ada lak trip g jauh sket mcm genting ke, cameron highland ke, bukit merah ke.
Wallahualam...

Sunday, February 15, 2009

Memorandum Bantahan

Saya dengan ini mengutuk sekeras-kerasnya perbuatan provokasi terhadap semua hak-hak saya yang telah dilakukan oleh seorang makhluk tuhan paling biadap. Segala perbuatan makhluk tersebut yang telah mendatangkan penghinaan secara tidak langsung ke atas orang-orang tidak berada seperti saya, amatlah mendukacitakan. Perbuatan makhluk tersebut, samada sengaja atau tidak sengaja, tidak dapat dimaafkan melainkan makhluk tersebut menginsafi dirinya sendiri dan bertaubat nasuha kepada Allah serta menarik balik segala penghinaan yang telah dilemparkan. Oleh yang demikian, saya akan mempertimbangkan untuk menyerahkan memorandum bantahan ini kepada Pertubuhan Hak Asasi Manusia Negara Pasir Berdengung. Ini agar menjadi teladan dan dapat mencegah perbuatan seperti ini dari dilakukan oleh makhluk-makhluk lain di muka bumi ini. Diharap pada masa hadapan kelak, tidak akan wujud lagi makhluk seperti ini kerana perbuatannya amatlah keji disisi masyarakat.
Sekian, terima kasih.