Sunday, February 15, 2009

Memorandum Bantahan

Saya dengan ini mengutuk sekeras-kerasnya perbuatan provokasi terhadap semua hak-hak saya yang telah dilakukan oleh seorang makhluk tuhan paling biadap. Segala perbuatan makhluk tersebut yang telah mendatangkan penghinaan secara tidak langsung ke atas orang-orang tidak berada seperti saya, amatlah mendukacitakan. Perbuatan makhluk tersebut, samada sengaja atau tidak sengaja, tidak dapat dimaafkan melainkan makhluk tersebut menginsafi dirinya sendiri dan bertaubat nasuha kepada Allah serta menarik balik segala penghinaan yang telah dilemparkan. Oleh yang demikian, saya akan mempertimbangkan untuk menyerahkan memorandum bantahan ini kepada Pertubuhan Hak Asasi Manusia Negara Pasir Berdengung. Ini agar menjadi teladan dan dapat mencegah perbuatan seperti ini dari dilakukan oleh makhluk-makhluk lain di muka bumi ini. Diharap pada masa hadapan kelak, tidak akan wujud lagi makhluk seperti ini kerana perbuatannya amatlah keji disisi masyarakat.
Sekian, terima kasih.

Sushi

Aku hari ini nak cerita pasal sushi...
Pasti ramai dah tahu sushi berasal dari Jepun...
Sushi nie memang boleh tahan sedap la, aku pun minat gak makan sushi...
Tapi percayakah anda, seorang budak elektrik boleh bukak kedai sushi??
Mesti anda tak percaya, sebabnya benda tue memang tak akan jadi kenyataan pun...
Budak elektrik yang dimaksudkan adalah 'Mentibang", bos lama aku...
Sampai sekarang, kalau aku ingat sushi, aku nak tergelak...
Sebab ada cerita yang tersirat disebalik sushi yang dikenali sebagai 'pulut kecik-kecik' oleh seorang member baik aku...

Wallahualam...