Friday, March 28, 2008

EMAK KATA.....

EMAK KATA.....

Emak kata jangan main cinta
Kerana cinta itu buta
Emak kata jangan pura-pura
Kerana akan menyesal jua

Emak kata jangan lawan kata orang tua
Kerana akan mendapat dosa
Emak kata jangan suka mengata
Kerana ianya sia-sia

Tapi, emak kata
Aku selalu lupa
Lupa untuk berjaya
Sekarang tak kata apa-apa
Hanya tau senyum je

Kini aku faham apa emak kata
Emak nak tengok aku berjaya
Emak nak tengok aku gembira
Aku tak mahu lawan cakapnya
Kerana aku sayang padanya

Emak ada kata jangan main-main
Belajar rajin-rajin
Kalau tak jangan teringin
Nak jadi macam orang lain
Lebih baiklah terus kahwin
Tak ada menyusahkan orang lain

Emak kata jagalah kawan
Kawan itu satu persahabatan
Keakraban dan juga persefahaman
Tiada perbezaan dalam kehidupan
Aku amat menghargai rakan
Dkau sahabat jgnlah lupakan kawan