Sunday, June 22, 2008

EURO DAN BOLA SEPAK MALAYSIA




EURO tiba lagi. Seluruh dunia kini sedang dilanda demam EURO. Tidak terkecuali, saya yang sememangnya seorang kaki bola. Di dalam kancah BPL, saya amat menyokong penuh pasukan CHELSEA yang mendapat jolokan THE BLUES. Tetapi di dalam demam EURO, pasukan JERMAN merupakan pasukan pilihan saya.

Kenapa JERMAN?? Kerana JERMAN merupakan sebuah pasukan yang pantang menyerah kalah dan kesemua pemainnya mempunyai semangat juang yang tinggi. Yang paling penting, semua pemainnya boleh bermain di semua posisi yang berlainan. Hebat bukan..?!

Selain pasukan JERMAN , satu lagi pasukan yang mempunyi semangat juang tinggi dan tidak mudah menyerah kalah ialah pasukan TURKI, satu-satunya negara ISLAM yang berada di dalam kesatuan Eropah.

TURKI mengejutkan banyak peminat dan pengkritik sukan. Berjaya melayakkan diri ke suku akhir setelah menewaskan pasukan REP. CZECH dan kini melangkah ke saingan separuh akhir setelah menumpaskan pasukan pilihan EURO ’08 iaitu CROATIA... Ternyata, bukan nama dan status yang memainkan peranan dalam menentukan sesuatu kejayaan tetapi semangat dan azam yang kuat menyiakan segala kemungkinan. Lawan TURKI di SEPARUH akhir adalah pasukan JERMAN. Di atas kertas, JERMAN pilihan. Di atas padang? Siapa yang akan layak tidak dapat ditentukan selagi wisel penamat tidak dibunyikan...

Melihat situasi pasukan TURKI ketika ini, alangkah baiknya jika pasukan kebangsaan kita, MALAYSIA juga mempunyai semangat juang seperti ini. Memang benar, pemain kita tidak dapat dibandingkan dengan pasukan di EROPAH, itu realitinya. Tetapi, pasukan kita yang digelar HARIMAU MALAYA masih tidak dapat bersaing dengan pasukan di Asia Tenggara. Buktinya, kita menjadi pasukan belasahan di Kejohanan Piala Asia yang diadakan baru-baru ini di MALAYSIA.

Pada pendapat saya, jika jurulatih terbaik di dunia diambil seperti Maurinho, Scolari, Ferguson, dan Klinsman serta lain-lain, ia tidak akan dapat mengubah apa-apa jika sikap dan mentaliti pemain serta pihak FAM tidak berubah. (90% pemain / 10% FAM)

FAM pula seperti sebuah badan yang hilang fungsi disebabkan terpaksa campur tangan di persatuan kelab atau negeri yang tidak ditakbir dengan baik. Persatuan kelab / negeri pula, selesaikanlah sendiri masalah yang dihadapi, jangan pula asyik mengharapkan ’tongkat’ dari FAM.

Satu cadangan dari saya, jangan libatkan bola sepak atau sukan yang lain dengan POLITIK. Saya cadangkankan agar setiap persatuan sukan di negara ini tidak boleh dianggotai oleh orang POLITIK, baik dari kerajaan mahupun pembangkang. Tetapi Kementerian Belia dan Sukan melalui Menterinya perlu menjadi penasihat dan kuasanya terbatas, salah satunya tidak dibenarkan melantik atau menasihat persatuan untuk melantik seseorang yang berkepentingan dengan mana-mana parti politik.
Mungkin dengan langkah ini dapat memulihkan kembali institusi sukan di MALAYSIA. Saya sudah jemu menyokong pasukan luar di PIALA DUNIA, dan saya amat pasti bahawa setiap rakyat Malaysia juga merasakan perasaan yang sama. Kembalikan zaman kegemilangan Mokhtar Dahari di Malaysia.

Tahniah kepada pasukan KEDAH kerana berada di ranking 144 pasukan kelab di dunia menewaskan PSV dan ASTON VILLA. Sekurang-kurangnya keadaan ini dapat menceriakan sedikit peminat bola sepak di Malaysia. Satu keadaan yang agak boleh dibanggakan.

Jika kita ingin berjaya, jangan kita harap kejayaan itu datang bergolek atau turun dari langit. Usaha dan terus berusaha. Lakukan perkara yang orang gagal tidak suka lakukan...

Sekian.....

Hari ini, jalan ini pasti semakin berliku.
Kerana masa depan belum tentu menjanjikan syurga,
Bagi mereka yang lemah dan mudah kecewa.
Perjuangan kita belum selesai,
Kerana hanya yang cekal dan tabah,
Dapat membina mercu tanda,
Bangsanya yang berjaya...

- Tun Dr. Mahathir bin Mohammad