Saturday, January 30, 2010

Apakah..??



"Menutup aurat dalam keadaan bertelanjang". Kalau tak salah aku,lebih kurang begitu ayat yang aku baca dalam sebuah buku @ artikel mengenai sabda Rasulullah (betulkan aku kalau aku silap). Bila tengok keadaan sekarang, ramai perempuan yang bertudung sedemikian rupa.

Ceritanya macam ini, hari Khamis lepas, aku berjalan-jalan di Mid Valley. Tujuannya nak makan McDonald dan dapatkan vip access untuk tengok trophy world cup. Tapi tak dapat. So, aku lepak-lepak la dekat Mid Valley. Tengok pertunjukan gendang cina sempena Chinese New Year.

Tapi, bukan setakat pertunjukan gendang cina. Wayang free yang menyakitkan mata disana-sini. Ramai pakai tudung tapi baju jarang. Apakah..?? Pakai tudung, baju singkat sampai nampak seluar dalam. Apakah..?? Pakai tudung tapi baju “adik”. Apakah..?? Pakai tudung tapi berkepit dengan BF, BF pun raba punggung selamba. Apakah..??

Nasihat aku untuk perempuan-perempuan macam ini, buang saja tudung tu..! Anda memalukan agama..! Kalau anda tak tahu malu dan tak tahu jaga maruah diri sendiri, jangan la nak malukan agama dan perempuan yang bertudung dengan ikhlas dan niat kerana Allah s.w.t.. tolong jangan jadi hipokrit..!

Wallahualam…

(follow me on facebook)

Wednesday, January 27, 2010

E-Mail Berantai


BERITA DARI MASJID NABAWI


BERITA PENTING

BERITA UNTUK UMAT ISLAM DISELURUH DUNIA. SURAT INI DATANGNYA

DARI SYEIKH ACHMAD DI SAUDI ARABIA . "AKU BERSUMPAH DENGAN NAMA

ALLAH SWT DAN NABI MUHAMMAD SAW, WASIAT UNTUK SELURUH UMMAT

ISLAM DARI SYECKH ACHMAD SEORANG PENJAGA MAKAM RASULULLAH DI

MADINAH, YAITU DI MESJID NABAWI SAUDI ARABIA.


"Pada malam tatkala hamba membaca Al'Quran di makam Rasulullah,

dan hamba

sampai tertidur, lalu hamba bermimpi. Didalam mimpi hamba

bertemu dengan

Rasulullah SAW, dan beliau berkata, "didalam 60.000 orang yang

meninggal dunia, di antara bilangan itu tidak ada seorangpun

yang mati beriman, dikarenakan: **


**1. Seorang istri tidak lagi mendengar kata-kata suaminya **


**2. Orang yang kaya yang mampu, tidak lagi melambangkan atau

menimbangkan rasa belas kasih kepada orang-orang miskin.


3. Sudah banyak yang tidak berzakat, tidak berpuasa, tidak

sholat dan tidak menunaikan ibadah haji, padahal mereka-mereka

ini mampu melaksanakan.


Oleh sebab itu wahai Syechk Achmad engkau sabdakan kepada semua

ummat manusia di dunia supaya berbuat kebajikan dan menyembah

kepada Allah SWT.


"Demikian pesan Rasulullah kepada hamba, Maka berdasarkan pesan

Rasulullah tersebut dan oleh karenanya hamba berpesan kepada

segenap ummat Islam di dunia.

Pesanan nabi:


a. Bersalawatlah kepada Nabi Besar kita Muhammad SAW.


b. Janganlah bermalas-malasan untuk mengerjakan sholat 5 (lima)waktu.


c. Bershadaqoh dan berzakatlah dengan segera, santuni anak-anak

yatim piatu.


d. Berpuasalah dibulan ramadhan serta kalau mampu tunaikan

segera ibadah haji.



p/s: Mesti ramai yang telah dapat email seperti ini, sama ada korang forward kepada orang lain atau simpan sahaja dalam inbox, terpulang kepada korang. Dan, betul atau tidak, hanya Allah yang tahu. Tapi pada aku, walaupun tidak betul, selagi email berantai itu berbentuk nasihat, apa salahnya kalau kita share satu sama lain. Sekurang-kurangnya ia member manfaat kepada kita dan orang lain. Tepuk dada tanya selera…

Wallahualam…


Saturday, January 9, 2010

Thanks...


8hb Januari yg lepas, genaplah umur aku 23thn. Banyak pekara yang berlaku sejak aku lahir sampailah sekarang. Ada suka, duka, pahit dan manis. Dan selama 23thn ini jugalah aku belajar erti sebuah kehidupan; walaupun belum banyak lagi.

Tapi bila aku fikir-fikir balik, selama 23thn ini, tak ada benda yang aku boleh banggakan sangat. Sebabnya, aku rasa aku belum cukup membahagiakan orang tua aku. Entahlah, mungkin belum sampai masanya lagi. Tapi aku harap aku tak akan terlambat...

Ada yang bertanya, apa hajat aku tahun ni..? Semestinya memiliki sebuah kereta sendiri yang 100% menggunakan duit sendiri. Asyik pinjam kereta orang sahaja, memang tak best. Walaupun kereta family sendiri, ia tetap tak best.

Tahun ini juga, aku dah mula belajar teknik-teknik ambil gambar. Tak ada niat pun jadi jurugambar profesional pun,kalau semi profesional pun jadilah. Tapi serius,minat tu datang tiba-tiba. Dear Ann, thanks because you give me an opportunity to be unofficial photographer for Danajamin. Without your trusted, I will never know how to use DSLR. Terima kasih juga kat Shaari @ Ricky sebab ajar aku sikit-sikit pasal kamera.

Apa pun aku nak ucap terima kasih dekat semua yang wish birthday kat aku. Fazly, member-member office (Danajamin, PMCare, Bank Islam & Trunet)... Thank you very much. I really appreciate you all...

(follow me at Facebook)