Saturday, January 30, 2010

Apakah..??



"Menutup aurat dalam keadaan bertelanjang". Kalau tak salah aku,lebih kurang begitu ayat yang aku baca dalam sebuah buku @ artikel mengenai sabda Rasulullah (betulkan aku kalau aku silap). Bila tengok keadaan sekarang, ramai perempuan yang bertudung sedemikian rupa.

Ceritanya macam ini, hari Khamis lepas, aku berjalan-jalan di Mid Valley. Tujuannya nak makan McDonald dan dapatkan vip access untuk tengok trophy world cup. Tapi tak dapat. So, aku lepak-lepak la dekat Mid Valley. Tengok pertunjukan gendang cina sempena Chinese New Year.

Tapi, bukan setakat pertunjukan gendang cina. Wayang free yang menyakitkan mata disana-sini. Ramai pakai tudung tapi baju jarang. Apakah..?? Pakai tudung, baju singkat sampai nampak seluar dalam. Apakah..?? Pakai tudung tapi baju “adik”. Apakah..?? Pakai tudung tapi berkepit dengan BF, BF pun raba punggung selamba. Apakah..??

Nasihat aku untuk perempuan-perempuan macam ini, buang saja tudung tu..! Anda memalukan agama..! Kalau anda tak tahu malu dan tak tahu jaga maruah diri sendiri, jangan la nak malukan agama dan perempuan yang bertudung dengan ikhlas dan niat kerana Allah s.w.t.. tolong jangan jadi hipokrit..!

Wallahualam…

(follow me on facebook)