EURO 2008 secara rasminya melabuhkan tirai pada 30 Jun 2008, 4.50am (waktu Malaysia). Sepanyol telah secara rasminya telah ditabalkan sebagai juara. Tahniah kepada para pemain dan juga semestinya peminat Sepanyol di Malaysia. Sememangnya Sepanyol layak ditabalkan sebagai juara kerana satu-satunya pasukan yang begitu konsisten sepanjang kempen EURO 2008. Dengan kemenangan tersebut berakhirlah penantian pasukan Sepanyol selama hampir 40 tahun untuk memenangi Kejohanan EURO.
Dan kepada semua peminat pasukan Jerman, tidak perlu berasa sedih dengan kekalahan Jerman di tangan Sepanyol. Itulah bola sepak, tiada yang dapat dijangkakan. Tahniah juga buat pasukan Jerman kerana telah bermain agak baik Cuma ada kesilapan pada bahagian midfield yang tidak begitu berfungsi sepanjang perlawanan.
Berlabuhnya tirai EURO 2008, maka keadaan kembali seperti sedia kala. Para majikan tidak perlu risau dengan kehadiran pekerjanya, pelajar dapat kembali menumpukan pada assignment dan kuiz, dan sebagainya.
Tetapi, berakhirnya EURO tidak bermakna peminat bola sepak seperti saya terus sunyi. Kerana, kehangatan Liga Perdana Inggeris (BPL) sedah mula terasa. Berbagai berita hangat tentang pasukan seperti Chelsea, Man United, Liverpool, Arsenal, Newcastle, dan sebagainya akan kembali memenuhi ruang sukan akhbar-akhbar di Malaysia.
Disebalik kehangatan bola sepak Eropah, tidak lupa juga kepada atlet Malaysia yang akan menghadapi cabaran di Sukan olimpik di Beijing. Semoga dapat mengharumkan nama Malaysia. Jika benar duit menjadi 200% motivasi atlet di Malaysia, inilah masa untuk anda rebut peluang yang ditawarkan; RM1 juta...! Tapi kalau sudah dapat habuan itu, janganlah pula alpa dan lalai tentang tanggungjawab membayar cukai dan kepada orang Islam, zakat. Kenalah berkongsi sedikit dengan rakyat.