Friday, June 27, 2008

HARI KONVOKESYEN




25hb Jun 2008 menjadi satu tarikh yang amat berbahagia dalam hidup saya. Hari Konvokesyen. Mungkin bagi sesetengah orang, ia satu hari yang biasa dan tiada apa-apa keistimewaan langsung. Tapi saya tidak peduli dengan semua tanggapan itu kerana pada hari itu merupakan hari yang paling berbahagia bagi mereka yang bergelar pelajar. Pada hari konvokesyen itu semua pelajar seperti saya akan bergelar graduan.



Menyingkap kembali detik saya masuk ke Kolej PTPL, pada 6 Jun 2005. Itulah hari pertama saya bergelar pelajar di pusat pengajian tinggi. Sebelum melangkah ke Kolej PTPL, saya telah menolak beberapa tawaran yang agak menarik. Pertama, peluang melanjutkan pelajaran ke US dalam bidang Kejuruteraan Mekanikal melalui Technology Park Malaysia. Kedua, tawaran dari Universiti Tun Abdul Razak dalam bidang Pengurusan Perniagaan. Ketiga, dari Universiti Industri Selangor dalam bidang Pengurusan Industri. Keempat, Politeknik Sultan Salahuddin Abdul Aziz dalam bidang Pengurusan serta yang terakhir tawaran Kementerian Pelajaran Malaysia untuk Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM). Kolej PTPL menjadi pilihan saya kerana berhampiran dengan rumah serta bidang yang saya minati terdapat di Kolej PTPL.



Bukan mudah untuk menamatkan pengajian. Pada semester satu, pencapaian agak memberansangkan. Akibat lalai dan banyak main, saya hampir tersangkut pada semester dua. Saya mengambil langkah untuk bertukar ke Kolej PTPL cawangan KL Sentral. Tindakan itu membuahkan hasil dan saya kembali mendapat rentak dan semangat untuk meneruskan pengajian. Pada semester ketiga, saya bertukar kembali ke Kolej PTPL Shah Alam. Berjumpa kembali kawan-kawan lama tetapi saya tidak lupa niat untuk tekun berlajar dan tidak alpa. Sehinggalah pada semester lima, saya diberitahu tidak dapat bersama dengan rakan yang sama intake untuk subjek terakhir iaitu Projek Pengurusan. Agak menyedihkan tapi saya tetap sabar dan akhirnya dapat mengambil subjek Projek Pengurusan dengan Zue, Rezza, dan Mathura yang juga senasib, tidak dapat meneruskan projek bersama rakan yang lain. Saya bukanlah datang dari keluarga yang kaya-raya. Terlalu banyak cabaran untuk menamatkan pengajian. Tidak cukup duit untuk belanja perkara biasa. Pernah satu ketika saya terpaksa bekerja di 7-Eleven untuk menampung pembelajaan. Akan tetapi semua cabaran dan dugaan itu dapat ditempuhi dengan tenang sebab Allah tidak akan sesekali menguji hamba-Nya dengan ujian yang tidak dapat ditanggung oleh hamba-Nya. Kesusahan mengajar saya erti kehidupan dan lebih menghargai serta sentiasa bersyukur dengan apa yang diperolehi.





Kepada kesemua pensyarah saya seperti Pn Siti Idayu, Pn Masitah, En Farid, En Hazman, En Hazmal, Pn Wan Badariah, Pn Norafeah, Pn Rabiah, En Fairish, Pn Haslinda, Pn Mas Guieta, Ustaz Naim, Madam Elin (KL Sentral), dan Cik Zalilah serta semua pensyarah di PTPL Shah Alam dan PTPL KL Sentral, terima kasih saya ucapkan kerana sudi mengajar saya. Segala ilmu yang saya perolehi akan saya manfaatkan dalam setiap apa sahaja yang saya lakukan



Dan kepada semua sahabat saya :

Mohd Fadzeli, Shahreza, Nur Asyiekha, Mohd Noor Shakim, Bausudeen, Nurul Ikmal, Hazwani, Firdaus, Nur Ayuniza, Yuhana, Hidayah, Syafawati, Meng Huey,Siti Zulaikha, Ahmad Syafiq, Azlan, Siti Hajar, Nik Hadri, Mohd Khairil, Alif, Mohd Fadil, Khairul Azim, Mohd Faisal,

Semoga dapat apa yang diimpikan dalam hidup. Persahabatan tidak pernah putus...



Yang terakhir dan paling utama, kepada mak dan abah. Segulung diploma sebagai hadiah tanda terima kasih kerana telah melahir, mengasuh, mendidik, menjaga, dan memberi kasih sayang kepada saya dari sebesar ibu jari hingga sekarang, sebesar-besarnya. Tanpa mak dan abah, yang tidak jemu memberi nasihat dan mendoakan, tidak mungkin saya berjaya mencapai apa yang ada pada hari ini. Diploma ini tidak membawa sebarang erti jika tidak mendapat doa dan restu dari mak dan abah. Saya harap mak dan abah tidak akan jemu mendoakan anakmu ini yang nakal, tidak dengar cakap, degil, dan sentiasa khilaf.

Sekian...