Friday, March 28, 2008

10 kesilapan lelaki

10 kesilapan lelaki

Kesilapan Pertama: Tidak Mendapatkan Bantuan

Inilah kesilapan paling besar yang dilakukan pleh lelaki dan membuatkan mereka seringkali gagal memikat wanita. Jadi lakukan sedikit pembacaan, beranikan diri dan minta nasihat daripada mereka yang pakar. Mungkin pengalaman yang mereka alami boleh anda jadikan panduan dan sempadan.

Maka, mulai hari ini cuba elakkan daripada melakukan kesilapan di atas, ia mungkin meningkatkan lagiperatusan kejayaan anda memikat wanita.

Kesilapan Ke-2: Gagal Membaca Situasi Ketika Janji Temu

Bukan hendak menakut-nakutkan, tetapi wanita biasanya tahu apa anda fikirkan. Wanita dikatakan 10 kali lebih bijak dalam membaca isyarat atau bahasa tubuh. Tetapi mereka belum tentu dapat mentafsirkan bahasa isyarat tangan yang diguna oleh orang-orang yang pekak dan bisu.

Mungkin sukar dipercayai tentang kelebihan wanita ini tetpi itulah hakikatnya. Misalnya anda sedang berjanji temu dan ingin menciumnya, percayalah dia tahu tentang hasrat anda itu. Jika anda tidak tahu bagaimana memulakannya, dia akan buat tidak tahu sahaja.

Apa yang perlu anda buat ialah tahu bagaimana masuk ke fasa seterusnua Tetapi harus diingat, lakukannya dengan bijak dan berhati-hati.

Kesilapan Ke-3: Memberi Kuasa Kepadanya

Seringkali berlaku, lelaki sanggup melakukan apa sahaja yang dimahukan oleh wanita. Kadagkala mereka hanya mahu menduga atau menguji kecerdikan anda. Bagaimana anda mahu menjadi pemimpin keluarga yang baik jika semuanya berada di bawah telunjuknya?

Kesilapan Ke-4: Salah Anggap

Lelaki sering menganggap bahawa wanita cantik berminat kepada lelaki kaya dan kacak sahaja atau beberapa kriteria lain (tahap pendidikan, ketutunan). Akibatnya mereka menyerah kalah sebelum mencuba. Memang betul ada wanita bersikap sedemikian tetapi bukan semua wanita.

Ada ciriyang dimiliki lelaki yang benar-benar didambakan oleh wanita. Jika anda menggunakan sepenuhnya kelebihan diri, tidak mustahil anda juga akan diminati.

Kesilapan Ke-5: Tidak Faham Bagaimana Tarikan atau Minat Itu Berlaku

Wanita sangat berbeza dari Aspek tarikan berbanding lelaki. Apabila lelaki terpandang wanita cantik dan seksi dia akan segera merasakan tarikan seksual.

Tetapi mekanisme tarikan wanita bukan pada pandangan luaran sahaja. Pasti anda biasa melihat pasangan yang pada mata anda kelihatan seolah 'tidak kena' (perempuannya cantik dan lelakinya tidak sekacak mana).

Wanita sebenarnya lebih tertarik kepada kualiti yang dimiliki oleh seorang lelaki. Sekiranya anda tahu menggunakan bahasa tubuh dan bijak berkomunikasi, sudah pasti anda mampu menarik perhatiannya.

Kesilapan Ke-6: Berkongsi Perasaan Terlalu Awal

Satu lagi masalah utama lelaki ialah mereka gemar meluahkan perasaan terlalu awal. Wanita yang menarik sukar untuk ditemui, malah mereka menjadi pujaan ramai lelaki dan sentiasa dipikat dengan pelbagai cara. Jadi wanita seperti ini mempunyai banyak pengalaman dan tahu apa yang boleh dijangka. Tetapi ramai lelaki tidak ambil endah perkara yang penting ini.

Tida perkara lain yang akan mebuatkan si dia menjadi bosan dan ingin terus lari apabila anda meluahkan perasaan cinta terhadapnya selepas sekali dua bertemu janji.

Isyarat ini hanya akan membuatkan anda sama sahaja dengan lelaki-lelaki lain yang terlalu cepat jatuh cinta dan mereka tidak dapat mengawal diri mereka sendiri. Jadi bertenan, masih banyak cara dan masa untuk meluahkan perasaan anda itu.

Kesilapan Ke-7: Cuba Untuk Membeli Perasaannya

Berapa kali anda membawa wanita yang anda sukai makan malam (mahal), membelikannya hadiah dan bunga, sedangkan dia lebih berminat kepada lelaki yang hanya melaukan seprauh daripada usaha anda itu.

Kenapa begitu kesudahannya? Apabila anda melakukan perkara sebegini anda sebenarnya sedang memrikan mesej: “Saya tidak fikir awak sukakan saya seadanya. Jadi saya akan cuba untuk membeli perasaan dan perhatian awak”.

Niat baik itu biasanya dianggap oleh wanita sebagai satu rsa tidak selamat dan memanipulasi. Jadi tidak perlua anda membazirkan wang ringgit anda untuk memanjakannya.

Kesilapan Ke-8: Meminta Kebenarannya

Dalam usaha lelaki melayan wanita, kita sering meminta kebenarannya untuk melakukan sesuatu. Ini sebenarnya adalah satu idea yang tidak pernah membantu. Wanita langsung tidak tertarik dengan lelaki yang selalu bergantung dan sentiasa ingin mendapatkan 'pelepasan' daripadanya. Jangan salah sangka, bukan anda perlu melayan wanita dengan buruk untuk memikatnya.

Jika anda sering melakukan kesilapan ini, segera tinggalkannya atau pun anda akan ditinggalkan.

Kesilapan Ke-9: Cuba Meyakinkan Dia Agar Menyukai Anda

Apa yang dilakukan oleh kebanyakan lelaki apabila merekan bertemu dengan wanita yang mereka benar-benar sukai tetapi wanita itu buat tidak tahu sahaja?

Betul! Lelaki akan cuba untuk meyakinkan perasaan wanita tersebut supaya berperasaan sebaliknya. Satu perkara yang perlu diingat anda tidak dapat mengubahnya melalui lojik akal atau sebab-sebab lain.

Jika wanita itu sudah tidak berminat, bagaimana anda jangka dia kaan mengubah perasaan setelah mendengar alasan-alasan anda? Tetapi itulah yang sering dilakukan oleh lelaki. Apabila wanita yang diminati itu tidak menunjukkan sebarang reaksi positif, lelaki merayu, mendamba dan mengejarnya agar dia berubah fikiran. Hentikan ia segera, ia satu pembaziran masa.

Kesilapan Ke-10: Menjadi Lelaki Terlalu 'Baik'

Pernahkah anda tahu bahawa wanita yang cantik dan menarik biasanya tidak tertarik kepada lelaki yang terlalu 'baik'. Saya pasti anda mempunyai rakan-rakan wanita yang begitu vogue tetapi sering berpasangan dengan lelaki yang pada pandangan anda tidak senonoh. Atas beberapa alasan lain pula nereja tidak pernah menunjukkan minat untuk menjalin perhubungan romantik dengan lelaki yang nampak baik.

Kenapa kejadian ini berlaku? Sebenarnya, pilihan wanita terhadap seseorang lelaki bukannya berdasarkan sejauh mana baiknya lelaki tersebut. Wanita memilih seorang lelaki kerana mereka dapat merasai kuasa tarikan yang dimiliki olehnya.

Menjadi lelaki yang terlalu baik tidak semestinya akan membuat wanita merasa satu tarikan dan akan memilih anda. Kenyataan ini mungkin kedengaran tidak masuk akal dan sukar diterima, tetapi begitulah keadaannya.