Sunday, January 25, 2009

Kejutan Budaya


Dalam hidup kita, ada pelbagai kejutan yang akan kita alami. Antaranya kejutan pemberian hadiah daripada kenalan, kejutan berita yang diterima dan juga kejutan budaya. Apa yang berbeza ialah cara penerimaan kita. Pada aku, aku tidak sukakan sebarang kejutan dalam hidup aku. Tapi sebagai manusia biasa, aku tak terlepas dari menerima kejutan. Sama seperti korang semua. Salah seorang sahabat aku, tak perlulah diceritakan namanya disini, amat terkejut dengan perubahan yang dialaminya kini. Dia seolah-olah tidak dapat menerima perubahan masa, perubahan kehidupan dan juga perubahan dari segi tanggungjawab. Seorang sahabat aku ini memang terkenal dengan kelongkangan mulut danjuga gaya hidup yang amat berbeza. Dia tidak pernah rasa kesusahan, tak pernah kekeringan dompet. Apa yang dia inginkan, baik dari segi wang ringgit, keperluan dan sebagainya, semuanya akan didapati tanpa usaha. Modalnya hanyalah air liur. Tidak dinafikan, siapa yang mengenali dia akan sakit hati. Pertama sebab mulutnya yang mengalahkan loji IWK dan kedua gaya hidupnya yang terlalu mewah. Tapi, langit tak selalu cerah. Kadang-kadang hujan dan kadang-kadang mendung. Sekarang aku lihat dia hidup tak lah susah mana, tapi kemewahan membuatkan dia malas dan putus asa. Moralnya, janganlah kita hanyut dalam kemewahan. Ingatlah, semua yang kita ada dalam dunia ini hanyalah pinjaman dan dalam sekelip mata, jika kita tidak mensyukuri nikmat pemberian-Nya, semuanya akan musnah.

Wallahualam…