Friday, September 18, 2009

Selamat Hari Raya Aidilfitri...

Selamat Hari Raya Aidilfitri.
Saya nak ambil kesempatan mengucapkan selamat hari raya aidil fitri kepada semua kawan-kawan saya dan yang mengenali saya.
Terutama kawan-kawan di PTPL College, Bank Islam, Trunet, dan PMCare.
Saya dengan rasa rendah diri menyusun jari memohon ampun dan maaf jika ada terkasar bahasa, terasa hati, termakan terminum.
Assalamualaikum...

Tempat Baru...

Pada 1st September 2009, aku memulakan kehidupan baru di Danajamin Nasional Berhad. Danajamin merupakan tempat kelima aku bekerja. Selepas aku tamat diploma di Kolej PTPL, aku dah kerja di merata tempat dan berbagai jawatan antaranya di Bank Islam, AmBank, Trunet Technology, PMCare, dan sekarang Danajamin.

Sepanjang aku bekerja, banyak pengalaman dan pengajaran yang aku perolehi. Bukan senang nak jadi senang dan bukan susah nak jadi susah. Kadang-kadang kita perlu melupakan seketika cita-cita yang kita impikan itu dan kadang kala jalan yang kita pilih itu sebenarnya tidak menjaminkan kebahagian untuk kita. Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui.

Ketika aku ambil keputusan untuk berhenti di PMCare, aku mengharapkan keputusan yang aku ambil ini merupakan keputusan yang terbaik dalam hidup aku. Mungkin di Danajamin, aku mempunyai peluang untuk mendapat sesuatu yang lebih baik dalam hidup aku, InsyaAllah. Aku mula kerja di sini ketika umat Islam sedang menjalani ibadah puasa di bulan Ramadhan, mungkin ia menjadi petunjuk untuk aku mendapatkan sesuatu yang lebih baik.

Wallahualam…

Sunday, September 6, 2009

Selamat Tinggal...



Pada 28hb Ogos 2009 yang lepas, berakhirlah kehidupan aku di PMCare Sdn Bhd selepas hampir 9 bulan aku mencari rezeki di sana. Terlalu banyak perkara suka duka yang aku lalui disana. Di PMCare jugalah aku belajar erti kehidupan dan erti persahabatan.

Bukan senang untuk aku meninggalkan PMCare. Bayangkan, aku menghabiskan masa lebih dari 12 jam sehari di pejabat. Tetapi aku terpaksa kerana aku pun ada cita-cita dan impian.

Kepada semua kawan-kawan aku di PMCare, aku ingin minta maaf jika ada salah silap atau terkasar bahasa terutama kawan-kawan di Claims Department (Personal Claims Unit, GP Unit, MRU & RMU, dan H&S Unit).

Wallahualam…