Sunday, September 6, 2009

Selamat Tinggal...



Pada 28hb Ogos 2009 yang lepas, berakhirlah kehidupan aku di PMCare Sdn Bhd selepas hampir 9 bulan aku mencari rezeki di sana. Terlalu banyak perkara suka duka yang aku lalui disana. Di PMCare jugalah aku belajar erti kehidupan dan erti persahabatan.

Bukan senang untuk aku meninggalkan PMCare. Bayangkan, aku menghabiskan masa lebih dari 12 jam sehari di pejabat. Tetapi aku terpaksa kerana aku pun ada cita-cita dan impian.

Kepada semua kawan-kawan aku di PMCare, aku ingin minta maaf jika ada salah silap atau terkasar bahasa terutama kawan-kawan di Claims Department (Personal Claims Unit, GP Unit, MRU & RMU, dan H&S Unit).

Wallahualam…