Pada 1st September 2009, aku memulakan kehidupan baru di Danajamin Nasional Berhad. Danajamin merupakan tempat kelima aku bekerja. Selepas aku tamat diploma di Kolej PTPL, aku dah kerja di merata tempat dan berbagai jawatan antaranya di Bank Islam, AmBank, Trunet Technology, PMCare, dan sekarang Danajamin.
Sepanjang aku bekerja, banyak pengalaman dan pengajaran yang aku perolehi. Bukan senang nak jadi senang dan bukan susah nak jadi susah. Kadang-kadang kita perlu melupakan seketika cita-cita yang kita impikan itu dan kadang kala jalan yang kita pilih itu sebenarnya tidak menjaminkan kebahagian untuk kita. Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui.
Ketika aku ambil keputusan untuk berhenti di PMCare, aku mengharapkan keputusan yang aku ambil ini merupakan keputusan yang terbaik dalam hidup aku. Mungkin di Danajamin, aku mempunyai peluang untuk mendapat sesuatu yang lebih baik dalam hidup aku, InsyaAllah. Aku mula kerja di sini ketika umat Islam sedang menjalani ibadah puasa di bulan Ramadhan, mungkin ia menjadi petunjuk untuk aku mendapatkan sesuatu yang lebih baik.
Wallahualam…