Untuk pengetahuan semua,office aku dah berpindah dari tingkat 30 ke tingkat 25, The Gardens North Tower. Nasib baik lah turun 5 tingkat sahaja, kalau berpindah ke tempat baru,mmg banyak kerja dan memenatkan. Walaupun Cuma 5 tingkat, banyak juga masalah. Tapi Cuma masalah remeh sahaja.
Pada bulan November pula, aku dapat berita sahabat aku, Fadzeli Johar kemalangan. Memang teruk, sampaikan aku pun tak sanggup nak tengok. Peha kanan berlubang besar, atas mata kiri luka, belakang badan dan peha kiri, parah juga la. Sampai sekarang masih terlantar dekat Hospital Sungai Buloh. Masa mula-mula kau pergi melawat dia, mmg tak sanggup nak tengok dia dalam keadaan macam tu. Aku kenal dia lama dah tak pernah sekali pun aku tengok dia sakit (kecuali masa demam dekat Trunet dulu). Totally berubah. Memang dah nasib sebab aku tahu dia seorang penunggang yang cermat, tak laju (skuter berapa laju boleh pergi dengan badan yang seperti aku juga?). Fadz, aku harap ko cepat baik je (dan besar kembali). Boleh kita lepak2, gelak2, makan2 macam dulu. Dan aku harap kau cepat keluar hospital (makin playboy aku tengok. Hahahaha…)
Pada 6 Disember pula, Shaari Leman @ Ricky kahwin kat Melaka. Aku dengan Hariyansa (Yan) pergi pada hari sabtu. Tujuan ke Melaka ada dua, yang pertama sebab nak pergi perkahwinan Ricky dan yang kedua nak rehat-rehat di Pengkalan Balak. Memang happening malam tu. Makan besar dan lepak-lepak sampai pukul 3am sambil isap curut. Hari ahad pula, pening kepala cari rumah Ricky. Lepas petronas belok kanan (mengikut dalam map) tapi kana petronas tu divider dan hutan. Tapi nasib baik aku dan yan cool dan bijaksana. Walau apa pun, tahniah Ricky dan selamat pengantin baru. semoga bahagia dan cepat2 dapat anak. Hehehe…
Cerita aku di tempat kerja pula, macam-macam hal. Tapi yang paling pening sekali, nak setup CCRIS. Dah dekat 3 bulan dan masih tak siap-siap lagi. Sakit kepala semua cukup la. Tapi rasa semua penat kat office terbayar sebab 14 Disember, office aku adakan dinner di Italiannies, The Gardens. Memang kenyang sebab terlalu banyak makanan. Dah pada malam itu, buat pertama kali aku menjadi photographer untuk office aku. First time, so jangan la mengharap sangat gambar-gambar tu perfect. Tapi lepas dari dinner tu, aku mula gian nak ambik gambar dan ada plan nak beli DSLR. insyaAllah, tahun depan kalau ada rezeki…
Walauapapun, aku nak ucapkan selamat menyambut maal hijrah, tahun baru dan merry christmas (to non-muslim). Semoga tahun depan lebih baik dari tahun tahun lepas dan semoga semua kawan-kawan aku murah rezeki.
Wallahualam...
(follow me at facebook…)