Friday, September 12, 2008

Perempuan bertudung gambaran Muslimah sejati…??


Perempuan. Aku pasti semua lelaki nak seorang perempuan. Ada lelaki yang nak macam artis, ada yang nak jenis bertudung, banyak lelaki nak yang pandai masak, tak kurang juga yang nak perempuan yang kuat bersosial (cool katanya). Tetapi sedar atau tidak, semua itu lumrah kehidupan. Semua lelaki memerlukan perempuan dan begitu juga sebaliknya. Jangan kata tidak kerana Nabi sendiri pun berasa sunyi jika isterinya tiada.

Tapi aku hairan dan pelik kepada meraka yang teramatlah ‘poyo’ masa bercinta. Ada sesetengah yang kene kongkong pun kata ok, ada pulak yang sanggup kena sepak terajang, dan ramai juga yang kononnya amatlah faham apa itu cinta. Kerana cinta sanggup buang keluarga dan saudara, tak kurang juga yang sanggup buang sahabat. Inilah jenis-jenis manusia yang membuatkan aku amat meluat dan menyampah.

Memang tak dinafikan, cinta itu buta. Tapi janganlah terlampau poyo dan over sampaikan menolak segala-galanya ; keluarga, saudara, sahabat, agama. Dan yang paling terkini, penyakit memakai ‘topeng’. Pergilah kemana-mana, pusat membeli-belah, sekolah, kolej, universiti, dan tempat kerja, ramai yang berpura-pura alim. Perempuan seperti biasa, bertudung. Lelaki pulak, kononnya warak. Sudahlah…!! Anda sebenarnya sudah meruntuhkan Islam itu sendiri.

Kenapa aku berkata begini? Berapa ramai yang bertudung kena tangkap basah? Berapa ramai yang bertudung berpimpin tangan dengan bukan mahram? Berapa ramai yang bertudung pakai baju ‘adik’? berapa ramai yang bertudung pakkai jeans ketat sampai melihatkan kemaluan? Berapa ramai yang bertudung betul-betul pandai menjaga status Islam mereka? Dalam 10, hanya 2 yang benar-benar mengikut ajaran Islam.

Aku tidak kata semua tetapi 95% atau mungkin lebih, bertudung hanyalah menutup’tanduk syaitan’ mereka. Mereka ini sebenarnya terlalulah hipokrit dan telah meruntuhkan maruah Islam itu secara mereka sedar atau tidak. Bangsa asing sebenarnya mentertawakan umat Islam. Cakap tidak serupa bikin. Sibuk melaungkan hukum hudud, sibuk menentang budaya barat, sibuk salahkan perogol, sibuk salahkan kaum adam, sibuk kononnya mengamalkan syariah Islam. Golongan perempuan bertudung yang masih, tetap, dan ingin melakukan dosa inilah sebenarnya golongan yang teramat hipokrit. Kalau dunia nak tengok contoh-contoh orang yang hipokrit, mereka boleh datang ke Malaysia. Cukup mudah dan senang untuk dicari, di shopping complex, taman bunga, kolej, coffee house, dan lain-lain. Bersepah kat Malaysia ni.

Dan aku tak cakap lelaki ni semuanya baik. Masih ramai juga yang berperangai mengalahkan syaitan. Seperti perogol yang merogol kanak-kanak, mamat-mamat penagih. Yang ini semua memang layak dicampak dalam sungai. Tetapi, pernah tak perempuan terfikir, mereka menjadi sebahagian dari penyumbang? Walaupun nisbahnya terlalu sedikit, tetapi tetap menjadi penyumbang gejala sosial. Seperti konsep perniagaan, tiada yang menjual, tiada yang membeli. Pepatah pun ada mengatakan, orang memberi kita merasa. Ini semua adalah adat dan lumrah dalam kehidupan. Tetapi mencegah lebih baik dari merawat. Kalau dah tahu yang diri itu tak boleh kontrol nafsu kuda dan nafsu syahwat, kenapa cuba-cuba juga?

Tepuk dada tanya iman dan kepercayaan, bukan tanya selera. Ikut hati mati, ikut rasa binasa. Beza manusia dan haiwan ialah akal fikiran. Kita perlulah berfikir yang mana baik dan mana tidak. Aku berkata begini kerana aku dah cukup meluat dan jelak dengan perempuan yang bertudung tetapi melakukan onar dan dosa. Aku juga bukan manusia yang sempurna kerana tiada manusia yang sempurna. Cuma aku nak kita semua berfikir ; perempuan bertudung itu adakah lebih baik dari mereka yang berpakaian skirt pendek? Mereka yang kategori ini sebenarnya nampak baik diluar tetapi busuk di dalam. Mereka inilah yang mencemarkan maruah dan identiti Islam dan mereka ini jugalah yang menjatuhkan maruah perempuan yang benar-benar bertudung kerana Islam. Fikir-fikirkan dan betulkan mana yang telah silap kerana pintu taubat Allah s.w.t terbuka luas selagi kita masih bernafas.

Wallahualam…