Tuesday, August 26, 2008

Kemenangan Datuk Seri Anwar


Semalam Datuk Seri Anwar Ibrahim telah diumumkan menang pada pilihanraya kecil Parlimen Permatang Pauh.
Anwar Ibrahim menang dengan majoriti lebih besar berbanding kemenangan Datin Seri Wan Azizah pada PRU 12.
Ini menunjukkan kesetiaan penduduk Permatang Pauh kepada Anwar Ibrahim.

Secara sedar atau tidak, kemenangan tersebut menunjukan satu tanda aras yang baru kepada Datuk Seri Abdullah.
Dengan majoriti lebih besar berbanding Wan Azizah, Anwar membuktikan bahawa beliau mempunyai ramai pengikut.
Benar, Permatang Pauh merupakan kubu kuatnya.
Akan tetapi, tsunami politik yang melanda PRU 12 tidak boleh dipandang begitu sahaja.

Kepimpinan Pak Lah perlu mencari jalan melawan tsunami politik tersebut.
Rakyat umum yang bijak berfikir mengetahui, Anwar Ibrahim amat bijak bermain kata-kata.
Beliau sungguh pandai mengenai sastera dan sering kali ayat-ayat baru dikeluarkan di dalam setiap ucapannya.
Itu memang tidak dapat dinafikan dan tidak hairanlah jika beliau mempunyai ramai pengikut yang setia dengannya.

Pada pendapat saya, Pak Lah harus memikirkan langkah yang terbaik untuk mengembalikan kepercayaan rakyat terhadap BN dan UMNO.
Langkah awal perlu di ambil bagi memastikan kemenangan dan dapat menawan kembali 4 negeri yang dirampas pembangkang pada PRU 13.
Kerana memberi kepercayaan lebih mudah daripada mengembalikan kepercayan kepada rakyat.

Wallahualam...