Monday, October 6, 2008

Rezeki


”Ajal maut, jodoh pertemuan, dan rezeki adalah kerja Allah s.w.t. dan ia akan kekal kerja-Nya. Bukan urusan kita untuk mencampuri urusan-Nya.”

Itulah ayat yang seringkali aku dengar dan sematkan dalam hati aku. Kita sebagai hamba-Nya yang mengakui beriman kepada-Nya, perlu mengakui itu. Sebagai seorang hamba yang beragama Islam, jika kita berusaha untuk memperolehi sesuatu, dan jika masih tidak mengecapi sesuatu, itu adalah takdir dan telah tertulis sejak azali lagi. Ianya tidak dapat diubah kecuali dengan izin-Nya..

Secara peribadi, aku sudah melalui pengalaman yang tidak dapat diubah dan memang sudah tertulis. Samada kita sedar atau tidak, kita sebenarnya adalah seorang ‘pelakon’ yang sedang berlakon di dalam sebuah filem yang sudah ditetapkan ‘skrip’nya sejak zaman berzaman lagi.

Bermula dengan kewujudan moyang kita iaitu Adam dan Hawa, perjalanan kehidupan ini telah ditetapkan. Memang sesetengahnya terlalu pahit untuk ditelan, tetapi apakan daya, kita hanyalah hamba-Nya yang tidak berdaya.

Pada kita, perancangan yang kita buat, adalah cukup sempurna. Tetapi realistikkah kita? Mungkin separuh dalam hidup kita ini, secara lahiriahnya tampak seperti kita berusaha untuk mencapai sesuatu yang diidamkan, tetapi secara rohaniahnya, tidak. Sebaik-baik perancangan itu datangnya dari Allah s.w.t. dan bukan tugas kita untuk mempertikaikan kerja-Nya.

Wallahualam…