Monday, October 6, 2008
Selamat Hari Raya Aidilfitri
Allahu Akbar Allah Huakbar Allah Huakbar
Walillahilham…
Sedar tak sedar, kita telah melangkah masuk ke bulan Syawal. Bulan kemenangan seluruh umat Islam yang telah berjaya mengawal nafsu sepanjang bulan Ramadhan yang lalu. Dewasa ini terasa sungguh cepat sekali masa berlalu. Rasanya seperti baru semalam aku menyambut kedatangan Ramadhan.
Aildilfitri tahun 1429 Hijrah ini aku sambut dengan pelbagai perasaan yang bercampur-aduk; suka dan duka. Aildilfitri kali ini lebih membawa erti kepada sahabat-sahabat aku. Yang aku pasti sahabat aku seperti Mr. Fadz, Kak Nurul, Reza, Kak Wanie dan Shakim serta ramai lagi, Aidilfitri ini pertama kali disambut sebagai seorang pekerja. Kepada Nik dan Khairil pula, Aidilfitri ini disambut sebagai seorang bekas siswa selepas menjadi super senior di PTPL.
Aku pula, tidak ada banyak perubahan. Aidilfitri yang lalu aku sambut sebagai seorang siswa tetapi kali ini aku sambut sebagai seorang penganggur. Silap aku juga, menolak rezeki dan tuah di depan mata. Tapi pengalaman mengajar aku menjadi seorang yang semakin matang berfikir dan matang dalam mengambil sebarang tindakan.
Kita di dalam dunia ini adalah seorang pelakon yang telah ditentukan skripnya oleh Dia yang Maha Berkuasa. Mungkin tiada rezeki dan jodoh yang panjang antara aku dengan Bank Islam dan AmBank. Tapi aku tetap percaya, satu hari nanti, Allah akan mengurniakan aku rezeki yang melimpah ruah kerana, ajal maut, jodoh pertemuan serta rezeki adalah kerja-Nya. Dan setiap hari aku berdoa agar Allah memurahkan rezeki aku dan sahabat-sahabat aku. Insyaallah, jika kita bersabar, kita akan memperolehi rezeki yang melimpah ruah.
Berbalik kepada cerita Aidilfitri, aku berharap agar semua sahabat-sahabat aku meraikannya dengan penuh kegembiraan. Halwa telinga kita semestinya disajikan dengan lagu-lagu raya yang mengusik jiwa. Dari zaman Tan Sri P. Ramlee hinggalah zaman Dato’ Siti Nurhaliza, yang pasti masing-masing mempunyai citarasa tersendiri. Tidak kisahlah, asalkan Hari Raya ini jangan sampai melalaikan kita dan membuatkan kita alpa dengan tuntutan Allah s.w.t..
Di kesempatan ini aku ingin ucapkan:-
Selamat hari Raya Aidilfitri kepada sahabat-sahabat aku seperti Fadz, Kak Nurul, Reza, Shakim, Khairil, Deen, Kak Wanie, Azlan, Nik Hadri, Bob, Firdaus, Siti Hajar, Zue, Ayu, Anne, Ana, Syafiq, Zulfadli, Hafifi, Hidayat @ Babun, Eddie, Aqily, En Ahmad Kamal (MOE), Faisal (BIMB), En Wan (BIMB), Lan (BIMB), Fara (BIMB), Pn Norzita (BIMB), Pn Siti (BIMB), Haji Kasri (BIMB), En Hadli (BIMB), Muzzammil (BIMB), Pakcik Taib (BIMB), En Yusry (BIMB), En Hafis (BIMB), En Khairuddin Mahzan (BIMB), En Syed (AMBG), En Nasir (AMBG), Mr John (AMBG), Zaidi (AMBG), Kak Siti (AMBG), Azhar (AMBG) dan lain-lain yang namanya tiada disini. Mohon maaf zahir dan batin. Halalkan makan dan minum. Semoga Aidilfitri kali ini menjadi titik tolak untuk kita melakukan perubahan sama ada dari segi rohaniah dan lahiriah.
Wallahualam…